Sunday, February 24, 2008

Selamat Datang Ke Blog Biotechupm0306

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan ramatnya, akhirnya saya dapat membina sebuah laman blog biotechupm0306.

Dengan kepesatan teknologi ICT, kita tidak mahu ketinggalan dalam menentukan halatuju dan masa depan bioteknologi di Malaysia, seterusnya menjadi sebuah badan yang agresif dalam menaikkan nama baik Malaysia.

Dalam blog ini, kita akan membicarakan tentang bioteknologi dalam dan luar negara semasa mahupun akan datang, di samping mempromosikan produk, kajiselidik dan sebagainya yang berkaitan. Isu-isu semasa seperti pemanasan global, kepupusan dan sebaginya digalakkan untuk dibincangkan di sini.

Penyertaan warga biotechupm0306 amatlah penting untuk menjadikan blog ini asertif dan dapat bersaing dengan blog-blog NGO lain.

Blog ini juga dibenarkan dalam dua bahasa sahaja iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, tetapi Bahasa Inggeris lebih digalakkan untuk tujuan blog yang bertaraf global. Sila post hal-hal yang berkaitan sahaja, kerana selepas ini, blog ini akan dipromosikan untuk tatapan umum.

Terima kasih.

yang benar,
Nornizam bin Jamal.

No comments: